PENGENALAN
Penemuan laporan yang bertajuk “Community program to Promote Youth Development” menunjukkan golongan muda yang menghabiskan masa lapang dengan komuniti mereka mendapat lebih pelunag untuk membangunkan diri mereka dan program yang dijalankan oleh komuniti adalah secara meluas serta dapat menyokong kepada pembangunan golongan belia melalui usaha menarik minat serta memenuhi kehendak mereka menggunakan pendekatan Pembangunan penglibatan belia dalam aktiviti berisiko tinggi.
Program Rakan Muda Fasa II telah dilancarkan ke arah penjenamaan semula Rakan Muda dalam pelaksanaan bagi member focus dan pandekatan baru bersesuaian dengan hala tuju dan keperluan Misi Nasional Negara di dalam menekan pembangunan modal insane terutama generasi muda.
Pengwujudan Pusat Kegiatan Rakan Muda (PKRM) adalah berasakan ‘Community based instated project’. Konsep pelaksanaan ini diasaskan kepada pendekatan “Community Youth Development” dimana ahli dan pemimpin masyarakat setempat dilibatkan dalam usaha-usaha pembangunan golongan muda terutama dari aspek kewangan,sumber setempat termasuk dalam menggerakkan inisiatif menyediakan persekitaran yang kondusif bagi golongan belia tempatan bergerak aktif. Masyarakat atau komuniti menyediakan peluang kepada belia mempelajari bagaimana untuk berhadapan dengan dunia sekeliling mereka —menjelajahi, menghayati, mendapatkan, memperolehi, dan mempengaruhi melalui saluran seperti program yang dianjurkan oleh pihank sekolah, organisasi belia, agama atau sukarela.
No comments:
Post a Comment