Sunday, November 28, 2010

JOBMALAYSIA

PROGRAM PENEMPATAN PEKERJAAN KHAS (3P) AZAM KERJA

Program ini diadakan di pada hari sabtu (04/12/2010) bertempat di Dewan Merdeka Lenggong berhadapan kompleks MARA. Program ini dianjurkan oleh Pejabat Tenaga Kerja Gerik.


Aktiviti yang dijalankan:
Temuduga terbuka
Pendaftaran online jobMalaysia
Pameran kerjaya

Datanglah beramai-ramai untuk memeriahkan lagi program yang diajurkan oleh Pejabat Tenaga Kerja Gerik ini iaitu program penempatan pekerjaan khas (3p) azam kerja. Di sini ada boleh mendapatkan pelbagai maklumat tentang pekerjaan di Malaysia. Temuduga terbuka yang dijalankan adalah untuk memudahkan anda menjalakan sesi temuduga kerana tidak perlu pergi kemana-mana hanya di Dewan Merdeka Lenggong sahaja. Pendaftaran online jobMalaysia,anda boleh mengetahui bagaimana untuk mendaftar secara online di jobMalaysia,laman webnya adalah jobmalaysia.gov.my . Selain itu anda juga juga boleh melihat pameran kerjaya yang akan dijalankan di dalam program ini.

DATANGLAH BERAMAI-RAMAI!!!

Wednesday, November 24, 2010

PUSAT KEGIATAN RAKAN MUDA LENGGONG

PENGENALAN
Penemuan laporan yang bertajuk “Community program to Promote Youth Development” menunjukkan golongan muda yang menghabiskan masa lapang dengan komuniti mereka mendapat lebih pelunag untuk membangunkan diri mereka dan program yang dijalankan oleh komuniti adalah secara meluas serta dapat menyokong kepada pembangunan golongan belia melalui usaha menarik minat serta memenuhi kehendak mereka menggunakan pendekatan Pembangunan penglibatan belia dalam aktiviti berisiko tinggi.


LATAR BELAKANG
Program Rakan Muda Fasa II telah dilancarkan ke arah penjenamaan semula Rakan Muda dalam pelaksanaan bagi member focus dan pandekatan baru bersesuaian dengan hala tuju dan keperluan Misi Nasional Negara di dalam menekan pembangunan modal insane terutama generasi muda.
Pengwujudan Pusat Kegiatan Rakan Muda (PKRM) adalah berasakan ‘Community based instated project’. Konsep pelaksanaan ini diasaskan kepada pendekatan “Community Youth Development” dimana ahli dan pemimpin masyarakat setempat dilibatkan dalam usaha-usaha pembangunan golongan muda terutama dari aspek kewangan,sumber setempat termasuk dalam menggerakkan inisiatif menyediakan persekitaran yang kondusif bagi golongan belia tempatan bergerak aktif. Masyarakat atau komuniti menyediakan peluang kepada belia mempelajari bagaimana untuk berhadapan dengan dunia sekeliling mereka —menjelajahi, menghayati, mendapatkan, memperolehi, dan mempengaruhi melalui saluran seperti program yang dianjurkan oleh pihank sekolah, organisasi belia, agama atau sukarela.

 

KONSEP PENUBUHAN PUSAT KEGIATAN RAKAN MUDA (PKRM)

 
Pusat Kegiatan rakan Muda merupakan ruang untuk remaja setempat melaksanakan pelbagai aktiviti Rakan Muda yang juga dikenali sebagai ‘one Stop Center’.
Sebahagian ruang di PKRM akan menempatkan Peralatan Siber dan kemudahan mengakses internet secara percuma serta dapat menubuhkan ruang aktiviti/kegiatan kepada remaja.
Pusat Kegiatan Rakan Muda ini juga akan menampung keperluan belia remaja dalam komuniti dan keperluan interaksi sosial dalam aktiviti  serta menggerakkan aktiviti setempat meliputi pelbagai aktiviti menerusi kegiatan ekonomi, sosial, budaya, inovasi, dan cinta alam yang dilaksanakan melalui Gaya Hidup Rakan Muda.
Gaya Hidup Rakan Muda menjadi program yang mesra remaja dan dekat dengan sistem budaya setempat. Ia dapat mempertingkatkan daya kretiviti serta pemikiran kritis komuniti berkenaan untuk mereka sendiri berkewajipan memikul beban bersama dalam menangani segala bentuk permasalahan semasa.


Gambar-gambar pusat siber







  • Di Pusat Kegiatan Rakan Muda Lenggong mempunyai 10 buah komputer
  • Kegunaan komputer di sini adalah percuma
  • waktu beroperasi:
    • Isnin hingga khamis 10a.m-1p.m rehat 2p.m-7p.m
    • Jumaat 10a.m-12.30p.m rehat 2.30p.m-7p.m
    • Sabtu minggu pertama sahaja 10a.m-1p.m rehat 2p.m-7p.m